mungkin entri pertamaku ini macam bersifat agak perkauman atau racist. tp aku pun melayu juga dan aku tidak pernah terfikir untuk menghina bangsaku sendiri cuma ingin berkongsi akan hakikat sebenar dari pengalaman aku. Coretan ini sekadar untuk renungan kita bersama agar kita sama-sama boleh memikirkan hal ini.
Dua tahun lepas dalam tahun 2009 pada masa itu aku masih tinggal di Pandamaran, Pelabuhan Klang. ketika itu aku masih dalam pantang selepas melahirkan anak yg kedua tiba-tiba suami mendapat panggilan telefon dari seorang lelaki yang bernama Mohd Saiful pastinya dia adalah melayu berdasarkan dari lenggok bicaranya dan namanya. Dia memperkenalkan diri sebagai pegawai pelaburan dari ambank group sdn bhd. Suami aku yang pada masa itu sememangnya sedang mencari pelan pelaburan untuk tabungan kami sekeluarga di masa hadapan terus meladeni panggilan tersebut dan tanpa berfikir panjang membuat temujanji dengan pegawai tersebut.
bila tiba hari yang telah dijanjikan mereka pun telah bertemu di sebuah hotel di pelabuhan Klang. (sebenarnya lepas berjumpa mereka terus pergi ke kedai mamak di tepi hotel tersebut) Semasa pertemuan itu, Mohd Saiful ini berjaya memukau suamiku untuk terus melabur dalam pelan yang menurut pegawai ini sangat sesuai untuk tujuan tabungan. hanya perlu komitmen untuk menyimpan rm2000 setahun dan dalam 10 transsaksi akan mendapat banyak faedah. suami aku sangat teruja lantas menelefonku untuk memberitahu minatnya yang mendalam terhadap pelan tersebut. aku lalu meminta suami pulang ke rumah dan bawa pegawai itu sebab aku ada banyak kemusykilan yang bersarang di dalam kepala dan ingin minta penjelasan langsung.
tanpa banyak bicara suami aku pun mempelawa pegawai itu untuk ke rumah aku yang hanya berjarak 50meter dari tempat mereka bertemu. apabila mereka sampai di rumah ku tanpa banyak berbasa basi aku terus memulakan soal jawab dengan pegawai tersebut. antara soalan aku adalah jika benar beliau adalah pegawai pelaburan dari ambank group kenapa perlu mencari pelanggan sehingga ke rumah? adakah premis bank mereka tidak cukup untuk menarik pelanggan membuat pelaburan? dan jawapan dari pegawai tersebut agak masuk akal juga bila dia memberitahu bahawa sekarang sistem bank banyak yang sudah menggunakan online maknanya jumlah pelanggan yang berurusan di bank semakin berkurangan kerana adanya ATM, cash deposit, cheque deposit dan sebagainya di tambah pula dengan internet banking memyebabkan sudah tidak ramai orang mengunjungi cawangan-cawangan bank. ini menjadi alasan buat mereka untuk keluar mencari pelanggan.
kemudian aku bertanya lagi adakah ini pelan insuran? jika ini pelan insuran kami sekeluarga tidak berminat kerana kami semua sudah pun dilindungi oleh insuran. lalu beliau menjelaskan bahawa ini adalah pelan pelaburan yang juga dilindungi oleh insuran jadi pelanggan tidak perlu risau dengan duit yang telah dilaburkan kerana sudah diinsurankan. aku mula yakin dan meyerahkan sepenuhnya kepada suami untuk membuat keputusan yang terbaik. bila mendapat lampu hijau sedemikian dari aku suami pun atas dasar percaya pada pegawai pelaburan tersebut, menyerah RM2000 tunai kepadanya. beliau pun memberi jaminan bahawa dalam tempoh 14 hari kami akan menerima polisi pelaburan tersebut.
selang 14 hari kemudian kami pun mendapat polisi yang dijanjikan tetapi apa yang membuatkan aku terkejut adalah kami sebenarnya telah memperolehi polisi insuran!!!! lalu aku bertanya pada suami dan suami menenangkan aku dan memberitahu bahawa pelaburan kita diinsurankan mungkin beginilah bentuk polisinya. aku jadi tidak puas hati tetapi kesilapan aku, aku hanya simpan polisi tersebut dan tidak membacanya kerana takut merasa tertipu. pelik kan?????????
setelah dua tahun dan telah pun berpindah ke tempat sekarang tiba-tiba hatiku terdetik untuk membaca polisi tersebut seperti yang aku duga banyak perkara yang telah kami diberitahu tetapi tidak terdapat dalam polisi tersebut dan apa yang diberitahu pula tidak terdapat didalam polisi tersebut. lalu aku menghubung pihak amassurance seperti yang tertera di dalam buku polisi itu dan mendapatkan penjelasan lanjut. dan sah amflexi itu adalah insuran semata dia dikatakan flexi kerana kita tidak terikat untuk membayar setiap bulan. dia bukanlah pelaburan. punah hatiku lalu mengajak suami untuk ke cawangan amassurance dan seperti telah mengagak bahawa duit yang diharapkan menjadi pelaburan habis begitu sahaja untuk melindungi kami sekeluarga walhal kami telah dilindungi dengan insuran yang serba lengkap.
berbalik pada topik bagaimana melayu boleh maju? ya... bagaimana melayu boleh maju jika ketika berurusniaga dia tidak jujur. akibat dari peristiwa tersebut aku sudah tawar hati untuk berurusan dengan melayu jika berkait dengan duit. aku faham sebagai ejen insuran pendapatan mereka bergantung kepada polisi yang telah terjual tetapi itu bukan alasan untuk membuat penyamaran untuk mengaburkan mata orang lain. jika kita buka mata seluas-luasnya bangsa yang menguasai ekonomi di Malaysia ini adalah bangsa cina yang selalu kita bersangka buruk pada mereka tapi hakikatnya dalam berniaga mereka lah peniaga yang jujur dan kerana itu lah mereka berjaya. dalam senarai 10 manusia terkaya di Malaysia pun kebanyakannya di monopoli oleh bangsa cina dan melayu hanya seorang sahaja.
Catatan Popular
-
mungkin entri pertamaku ini macam bersifat agak perkauman atau racist. tp aku pun melayu juga dan aku tidak pernah terfikir untuk menghina b...
-
9 mac 2011, jam menunjukkan tepat 3.50 ptg. aku memulakan lembaran baru dalam hidupku. yang sebenarnya sudah sekian lama ingin di terokai te...
Jumaat, 11 Mac 2011
Rabu, 9 Mac 2011
permulaan dunia blog...
9 mac 2011, jam menunjukkan tepat 3.50 ptg. aku memulakan lembaran baru dalam hidupku. yang sebenarnya sudah sekian lama ingin di terokai tetapi pengetahuan ku terbatas mengenai dunia baru ini. dunia itu adalah dunia blog. aku ingin mengucapkan selamat datang kepada diriku sendiri ke dunia ini. http://www.nafastari.blogspot.com/ telah memberikan aku inspirasi dan kekuatan untuk memulakan langkah ini.
aku dengan yakin memulakan langkah ini kerana aku terfikir andai masaku telah tiba untuk menemui sang Penciptaku., mungkin blog buahbicara ini menjadi tinggalan aku buat tatapan insan-insan yang tersayang yang sentiasa ada disisiku. aku harap aku akan dapat istiqamah dalam melontarkan buah bicara aku didalam alam maya ini.
aku dengan yakin memulakan langkah ini kerana aku terfikir andai masaku telah tiba untuk menemui sang Penciptaku., mungkin blog buahbicara ini menjadi tinggalan aku buat tatapan insan-insan yang tersayang yang sentiasa ada disisiku. aku harap aku akan dapat istiqamah dalam melontarkan buah bicara aku didalam alam maya ini.
Langgan:
Catatan (Atom)